Pejabat Food Bank Malaysia Kedah

Kenapa Food Bank Malaysia Kedah di Alor Setar? 

Ini kerana penubuhan Food Bank Malaysia adalah bermula di Alor Setar, Kedah. Selain di Kedah sendiri ramai orang yang kurang berkemampuan walaupun mereka mempunyai rumah dan tanah sendiri yang tidak seberapa itu.

Dimanakah Lokasi Food Bank Malaysia?

Food Bank Malaysia beralamat:

2967E, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar, Kedah
 
Terletaknya pejabat Food Bank Malaysia di Jalan Sultanah Alor Setar adalah sangat bertepatan kerana ia memudahkan sesiapa yang hendak datang kerana kira-kira 1km dari Plaza Tol Utara Alor Setar.
 

Gudang Food Bank Malaysia Kedah 

Pejabat Food Bank Malaysia adalah merupakan gudang penyimpanan barang-barang makanan kering juga selain Cafe Kindness Kitchen juga terletak di sini.

Di gudang ini kami menempatkan barang-barang makanan kering seperti beras, gula pasir, garam, kicap, maggie, bihun, kopi, teh  dan lain-lain lagi.

Ada juga barang-barang keperluan rumah ditempatkan di sini seperti peralatan membersihkan diri, peralatan membersihkan rumah dan lain-lain lagi.

Ke semua barangan ini adalah sumbangan dari TESCO Malaysia, Food Aid Foundation dan beberapa individu serta organisasi yang sudi membantu kami.

Kenderaan Food Bank Malaysia Kedah


Food Bank Malaysia juga mempunyai kenderaan sendiri untuk mengangkut barangan sumbangan dan menyalurkan barangan sumbangan kepada mereka yang mememerlukan. 

Van yang kami gunakan ini telah membantu lebih dari 20,000 buah keluarga yang memohon bantuan barang keperluan dengan Food Bank.

Van ini juga telah menjadi satu simbolik kemanusiaan apabila beberapa kali mendapat liputan media baik dari TV3, BERNAMA, SINAR HARIAN dan akbar lain.

Penduduk Kedah khususnya ada yang sudah tahu akan misi Food Bank apabila mereka menemui kami di atas jalan raya dan membunyikan hon serta mengangkat tangan tanda bagus atas usaha yang dijalankan.

Kindness Kitchen

Perancangan awal untuk Kindness Kitchen adalah untuk menyediakan makanan sarapan pagi untuk beberapa buah famili yang susah di kawasan berhampiran untuk hadir ke Cafe Kindness Kitchen.

Akan tetapi ketika dalam proses pembinaan, Alor Setar dikenakan PKP. Di mana harga bahan-bahan binaan naik mendadak selain aktiviti terpaksa dihentikan serta merta bagi mengikuti arahan kerajaan.

Setelah semuanya tamat, kami bersambung kembali proses penyediaan Cafe bagi melancarkan ia pada golongan asnaf di bulan ramadan yang mulia. Alhamdulillah kami berjaya buat sebanyak 4 kali sebelum Alor Setar diumumkan PKP kembali.

InsyaAllah setelah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir kami akan meneruskan program yang mulia ini untuk meraikan golongan asnaf selain berkenalan lebih rapat lagi dengan mereka.

Kos Pengurusan

Setakat ini kos pengurusan di Food Bank Malaysia melibatkan proses seperti:

  • Bil elektrik
  • Bil air
  • Sewa bangunan
  • Elaun praktikal
  • Penyelenggaraan kenderaan

Jumlah purata yang diperlukan untuk proses diatas adalah lebih kurang RM2500 setiap bulan.

Manakala proses pengurusan untuk penyediaan bahan makanan untuk golongan yang memerlukan diantara RM2500 sehingga RM5000 sebulan.

Artikel seterusnya : Apa Itu Food Bank Malaysia

Jom dermakan RM30 setiap bulan secara konsisten untuk anda membantu mereka-mereka yang memerlukan.